Memasuki bidang makanan dan minuman bukan mudah kerana persaingan yang sengit.

Selain keunikan produk mampu menarik minat pelanggan, cara pemasaran yang tepat termasuk secara digital menjadi faktor penting menentukan kejayaan sesebuah perniagaan.

Nasi Kerabu Cikgu CT, nama yang mula bertapak dalam pasaran sejak 2015 namun berdepan kesukaran mendapatkan akses pasaran yang lebih luas.

Justeru pemiliknya yang juga seorang guru masakan mengambil langkah promosi dalam talian sekaligus meraih capaian pelanggan yang lebih luas.